THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Tuesday, October 14, 2008

pak din, pakya,sahabat jj???





pakya, pakdin , sahabat jj???siapa kah mereka???
mereka ialah jurulatih kami di kem aug 2008..kem ni adalah untuk persiapan atlet aug 2008.Kearah penganjuran Sukan Universiti Asean ke 14 bermula 11 hingga 21 Disember 2008, Kementerian Pengajian Tinggi kini giat menjalankan aktiviti pemantapan atlet yang bakal bertanding di kejohanan dwi-tahunan ini. Justeru program Kem Pemantapan Fasa 2 telah diadakan di Kem Nadi, Sungkai Perak baru-baru ini.



Kem Pemantapan yang melibatkan lebih 300 atlet universiti dijalankan dengan tujuan untuk melatih dan membentuk atlet yang berdaya tahan. Kem kali ini melibatkan atlet futsal, squash, golf, bola tampar, silat bola jarring, bola keranjang lelaki, badminton, renang, trek dan balapan, memanah, hoki lelaki, bola tampar, bolasepak, taekwondo, ping pong, ragbi, tenpin boling dan boling padang.



Menurut Dr Saharuddin Haji Ismail, Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, kem cemerlang ini juga bertujuan melahirkan atlet yang mempunyai daya pemikiran yang jitu dan pada masa yang sama mampu menyusun strategi yang berkesan. Selain itu ia juga bertujuan mengalakkan semangat persahabatan yang tinggi dalam mencapai matlamat yang diingini.



Sepanjang program di sini juga atlet diterapkan dengan amalan yang akan menjadi standard pasukan ketika menyertai kejohanan bertar dunia. Atlet juga ditekankan tentang pentingnya kekuatan minda untuk mengatasi lawan. Aspek yang penting terutama kepada atlet yang bakal beraksi di peringkat tertinggi.



Semua program yang dirangka menjurus kepada keupayaan atlet membuat keputusan dalam satu pasukan yang cepat dan tepat. Melalui aktiviti yang dijalankan juga diharap dapat membentuk atlet Malaysia yang mempunyai budaya, amalan dan keakraban yang tinggi apabila menjadi tuan rumah kejohanan kali ini.



Semua modul yang diterapkan pada kem kali akan dijadikan standard untuk kem kecemerlangan seterusnya. Justeru Kementerian Pengajian Tinggi dan MASUM dilihat bersedia menghadapi Kejohanan Sukan Universiti Asean ke 14 ini dengan program penyediaan atletnya yang cukup teratur dan komprehensif.



Bermula dengan kem Pemantapan Fasa 1 pada Jun 2008, diteruskan dengan siri kem kecemerlangan pada September dan Oktober ini, persediaan atlet akan memasuki fasa terakhir dengan Kem Pemantapan Fasa 3 pada penghujung November 2008.

3 comments:

nomiey 08 said...

patut la gelap semacam je nampak..heheheh..

~izHa ChiCkY NunU~ said...

linda..........
ak x dapat gi...........
ak der game kat india...........
sedeh tul:(

yusuke uramesyi said...

eit linda..
1 untuk semua,semua untuk 1...
kalau xleh nak menyenangkan org, jgn menyusahkan org,...
huhuhu..
hidup pak din.......
add lin tau